Dalam kajian perubatan dunia sehingga 2014 purata bilangan lelaki terhadap perempuan telah mencecah 1 : 100 . Di mana satu orang lelaki mampu bercinta bersama 100 wanita. Jadi nak tak nak memang jodoh neh nasib lah.
Lihat saja pasangan Misye Arsita-Agus Leo yang berbeza usia 6 tahun, Nia Daniaty-Farhat Abbas dengan selisih 12 tahun, Dian Nitami dan Anjasmara, serta Nassar KDI-Muzdalifah. Biarpun suaminya lebih muda, hubungan mereka bertahan hingga sekarang. Pelakon Demi Moore juga pernah berkahwin dengan Ashton Kutcher yang lebih muda, namun akhirnya bercerai.
Menurut ahli psikologi, wanita yang berkahwin dengan lelaki lebih mudah biasa nye mempunyai sosio ekonomi yang mantap dan berfikiran matang. Rata-rata pasangan mereka telah mencecah usia 30-an dan juga bekerjaya, manakala bersama lelaki muda awal 20-an kerana tampak segak dan bergaya. Ada juga mengatakan mereka tidak dapat jalinkan hubungan dengan pasangan sebaya kerana kebanyakkan mereka telah berkahwin dan mempunyai keluarga termasuk anak.
Hubungan wanita dengan jejaka jauh lebih muda masih dianggap normal, selagi lelaki tidak berasa terpaksa untuk menjalinkan hubungan. Ada segiliintir lelaki lebih gemar bersama wanita yang lebih berusia agar dapat membimbing dan mengurus dirinya kerana lebih pengalaman dan tidak mahu bersama wanita muda yang manja dan perlu di pimpin.
Walau bagaimanapun, sesetengah wanita mengaku lazimnya mereka menginginkan lelaki yang lebih tua ataupun sebaya. Namun usia bukanlah pengukur kepada kematangan seseorang itu. Ada antaranya lelaki yang jauh lebih muda tetapi tahap kematangannya mengatasi lelaki yang tua dan membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan dengan senang.
Wanita memilih lelaki lebih muda kerana dapat membuatkan hidup lebih bersemangat kerana lelaki muda lebih aktif dan agresif dan menyeronokkan apabila keluar bersama. Ada di antaranya yang mempunyai minat yang sama dan gemar melakukan aktiviti lasak. Selain itu lelaki muda di katakan lebih penyayang dan lebih romantik berbanding dengan lelaki tua. Tapi kenyataan itu tidak dapat di buktikan dengan kukuh kerana ramai lelaki berkahwin dengan isteri jauh lebih muda.
"Sebaliknya di negara kita, jika dia dalam kategori wanita biasa, biasanya dia hanya mencari keselesaan dan merasai cabaran. Dan lelaki yang masih aktif melakukan pelbagai perkara mungkin menarik baginya,” jelas beliau.
Wanita yang memiliki pasangan lebih muda harus berfikir panjang tentang masa hadapan mereka. Katanya lagi, apabila usia bertambah setiap individu pasti akan berubah pandangan dan perasaan. Wanita harus memainkan peranan penting untuk mengekalkan hubungan.
Beliau turut menyarankan agar perbezaan usia pasangan tidak terlalu jauh, hanya sekitar 4-5 tahun. Perbezaan yang tidak terlalu jauh membolehkan pasangan menghadapi halangan dengan lebih mudah berbanding mereka yang memiliki perbezaan usia melebihi 10 tahun.
Menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda adalah suatu pilihan yang boleh diterima akal. Namun wanita harus memberi perhatian terhadap beberapa perkara agar hubungannya itu berkekalan.
Berikut beberapa tip daripada Ratna Supradewi:
- Wanita yang mempunyai pasangan lebih muda harus selalu bertenaga dan aktif.
- Wanita harus memiliki pengetahuan yang luas, memperluaskan wawasan selain sentiasa berusaha membangunkan diri.
- Wanita harus pandai menjaga kesihatan dan penampilan agar dapat mengimbangi kekasih / suaminya yang lebih muda.
- Pasangan berkenaan harus sentiasa dapat berkomunikasi dengan baik termasuk membincangkan masalah yang dihadapi.
- Wanita janganlah terlalu cemburu terhadap pasangannya yang lebih muda meski pun kekasih / suaminya itu mempunyai ramai kawan sebaya. Berikan ruang kepada mereka yang lebih muda.
No comments:
Post a Comment