Info Fakta Tentang Wanita. Janggut lebat yang dimiliki lelaki ternyata menjadi daya tarik tersendiri bagi wanita. Di mata wanita, janggut memberikan pesona yang membuat lelaki jadi lebih menarik.
Lelaki lebih sinonim dengan penampilan yang macho dan jantan. Salah satu cara mendapatkannya yakni dengan memelihara janggut. Dengan sifat tersebut, mereka bukan saja menarik tetapi juga tampil maskulin.
Kesan macho dan jantan itu pun ternyata menarik perhatian wanita. Bagi mereka, lelaki yang memiliki janggut kelihatan lebih macho dan maskulin. Bukan hanya itu, janggut juga membuat lelaki kelihatan lebih menarik dan seksi di mata wanita. Hal ini menyebabkan para penyelidik terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut, seperti dilaporkan Cosmopolitan.
Sebuah penelitian baru yang dimuatkan di 'Journal Behavioral Ecology' mengatakan bahawa lelaki kelihatan lebih macho ketika dia mempunyai janggut. Para penyelidik mendapati kecenderungan tersebut berkait rapat dengan rahang lelaki. Janggut membuat rahang lelaki kelihatan lebih besar dan membuatkannya kelihatan lebih agresif ketika marah, daripada lelaki dengan wajah bersih tanpa janggut.
Kajian lain juga mendapati bahawa lelaki berjanggut kelihatan lebih pintar, yakin dan dewasa.
Jadi bila anda inginkan kekasih kelihatan lebih pintar dan yakin pada diri, pintalah dia untuk memelihara janggutnya.
No comments:
Post a Comment