Jika kita ke pasaraya-pasaraya besar, kita sering kali terlihat restoran atau kafe yang tersergam gah melayani pelanggan setia mereka.
Tapi disebalik kedai-kedai yang gah itu, sebenarnya ada juga yang sebenarnya "made in Malaysia".
Mungkin kerana nama yang digunakan atau marketing yang sangat bijak menyebabkan pandangan kita berfikir restoran-restoran itu bukan "made in Malaysia".
Kali ini kami paparkan 7 restoran & kafe yang nampak seperti bukan "made in Malaysia" tetapi sebenarnya di asaskan di Malaysia.
1) Secret Recipe
Percaya atau tidak, Secret Recipe sebenarnya dilancarkan di Malaysia pada 1997 oleh Steven Sim bersama-sama dengan tiga orang anak saudaranya. Kini Secret Recipe turut dikenali di beberapa buah negara seperti Singapura, Filipina, Australia, Pakistan dan Cambodia.
2) San Francisco Coffee
Nama San Francisco mungkin sedikit mengelirukan tetapi sebenarnya syarikat ini diasaskan pada tahun 1997 dengan tujuan menyelamatkan orang ramai dari kopi yang tidak berkualiti. San Francisco Coffee dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd, dibawah Datuk Abdul Rahim Zin dan kini kafe ini mempunyai 23 outlet di Malaysia dan Singapura.
3) The Manhattan FISH MARKET
Terang lagi bersuluh, nama yang digunakan oleh restoran ini seolah-olah menunjukkan ianya berasal dari Manhattan, New York. Tapi sebenarnya The Manhattan Fish Market diasaskan di Malaysia. Restoran ini diinspirasikan dari sebuah restoran berusia 180 tahun di Brooklyn. The Manhattan Fish Market diasaskan oleh George Ang, Dr. Jeffrey Goh dan Dickson Lo.
4) 1901 Hot Dog
Walaupun terdapat nombor 1901 pada namanya, kafe ini sebenarnya dimulakan pada tahun 1997 oleh Zakir dan Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin.
5) Sushi King
Berlogokan tulisan Jepun dan ikan bermata sepet, ramai yang beranggapan restoran ini dari Jepun. Tapi tidak. Ianya sebuah restoran yang juga diasaskan di Malaysia. Sushi King adalah restoran makanan Jepun yang diasaskan pada 1995.
6) Papparich
Salah satu rangkaian restoran yang paling berjaya di Malaysia, PappaRich Group diasaskan oleh Rich Tan pada tahun 2005. Kini restoran ini mempunyai lebih 60 outlet di Malaysia dan sudah mempunyai rangkaian di Singapura, Australia, Taiwan, Brunei, China, Korea Selatan dan AS.
7) OldTown White Coffee
OldTown bermula sebagai syarikat pengeluar kopi campuran. Diasaskan pada 1999, ibu pejabatnya terletak di Ipoh, Perak. Kemudian, syarikat OldTown melebarkan perniagaannya dengan memasuki bidang penyediaan makanan dan kini produknya dikenali di Malaysia, Singapura dan China dengan nama "OldTown White Coffee".
No comments:
Post a Comment