info Kesihatan. Tahukah anda bahawa kobis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.
Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C.
Kandungan sulfur di dalam kobis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.
Kobis juga baik digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kobis kemudian dilumur ke kulit bermasalah.
Bagi perubatan dalaman, kobis boleh mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.
Antara manfaat kobis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angin ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan.
Kobis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.
No comments:
Post a Comment